Rabu, 2 Mei 2012
Dua Lebih Baik...
Dalam kehidupan ini, seseorang biasanya mempunyai matlamat hidup masing-masing. Mempunyai pendirian masing-masing, ketetapan hasil sendiri. Namun ada kalanya seseorang itu memerlukan bantuan dan pandangan orang lain untuk meminta sesuatu ide sebelum membuat sesuatu keputusan. Kerana buah fikiran yang banyak lebih baik dan berguna unutk dinilai berbanding hanya satu buah fikiran. Oleh kerana itulah mengapa, kita selaku manusia yang dianugerahkan oleh sebuah ‘jentera’ yang dipanggil otak yang berfikir. Mestilah berbincang terlebih dahulu. Kerana melalui perbincangan dan bertukar-tukar pendapat itu akhirnya akan melahirkan satu keputusan yang bernas dan berguna serta dapat diterima pakai. Benarlah kata pujangga, muafakat membawa berkat, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Jika diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian, kata pujangga itu tadi memang patut di amalkan. Bukan hanya di dalam rumah sahaja, malah di tempat kerja dan sebagainya.
Nah, berdasarkan kepada hujah di atas, muhasabahlah diri sendiri, , sejauhmanakah pencapaian yang telah dilakukan dan dikecapi? Apakah nilai kesatuan, kemuafakatan itu masih lagi digunapakai atau hanya sekadar sebuah madah yang menambah keindahan sesebuah wacana dan keindahan dalam pertuturan? Berbalik semla kepada pegangan seseorang. Adakah boleh bersifat mandiri? Mungkin sahaja boleh, itupun kalau setiap keputusan itu dibuat dengan bijak serta telah difikir secara masak. Bagaimanapula jika sebaliknya? Mampukan mandiri dengan diri sendiri jika setiap keputusan yang dibuat itu tidak dapat diterima pakai.
Dalam kasus ini, masyarakat di sekililing tidak kira ‘orang yang terdekat’ atau bukan, memberikan sedikit dampak yang positif ke arah sifat kemandirian seseorang. Setiap perkara yang hendak dijalankan, perlu meminta pandangan dari orang lain, memikirkan baik buruknya. Barulah hidup itu lebih terurus dan akan membuahkan hasil yang baik.
“Memilih dari yang banyak itu, lebih seronok walau membinggungkan berbanding dari memilih sesuatu yang sedikit tetapi menyenangkan”.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan