Ada peribahasa mengatakan, jauh perjalanan, luas pemandangan… jauh perjalanan banyak pengalaman… sejauh manakah kebenaran maksud peribahasa ini? Separuh berkemungkinan benar dan selebihnya berkemungkinan tidak... kenapa? Ini tergantung kepada tujuan seseorang itu pergi berjalan-jalan ke suatu tempat sama ada dengan tujuan atau tanpa tujuan. Karena jika ada tujuan, sesebuah perjalanan akan menjadi seru kerana ia dirancang berdasarkan tujuan. Berbanding jika perjalanan yang tanpa tujuan, tidak akan seru karena tidak ada tujuan dan rancangan. Maunya jalan-jalan secara bersahaja. Tanpa tujuan, entah akan hilang ke mana dan hendak menuju ke mana. Akhirnya hanya meletihkan dan tidak mendatangkan manfaat sama sekali.
Ini mengaitkan tentang kisahku sendiri ketika menemani seorang sahabat pekan lalu berjalan-jalan tanpa tujuan ke pekan Belait. Katanya sahaja berjalan-jalan. Kataku jika tidak ada tujuan atau urusan, tidak perlu dan hanya membuang masa. Namun untuk tidak menghampakannya, aku pun menuruti kata hatinya. Selagi masih ada masa yang terluang dan terbuang, tidak salah. Lagi pula dia hendak pergi untuk mencari tempat yang sesuai untuk makan.
Setibanya di Pekan Belait, kami hanya berjalan-jalan di kedai seolah-olah hendak mencari sesuatu benda namun sebenarnya tidak ada. Keberadaan kami di sana tidak sampai satu jam. Kami pun langsung pergi ke Pekan Seria. Berkunjung di warung makan di Kuala Belait, kebanyakkan warung tidak menjalankan perniagaan... hanya beberapa buah sahaja. Semasa perjalanan menuju Ke Seria, aku berfikir akan kemajuan yang di perolehi dan dibina di daerah itu. Lantas hatiku berkata “Kalau 5 tahun pun aku tidak ke Belait, mungkin kelihatannya masih juga sama”. Tapi itu kata hati, entah benar atau tidak. Namun pendapat yang lain mengatakan tidak benar kerana sekarang pun beberapa buah prasarana baru sedang giat di bina di daerah itu.
Tiba di Pekan Seria, kami pun makan di salah sebuah restoran. Waktu kira-kira jam 3 petang. Pilihan utama ialah kolo mee. Itu hajat dan menu yang utama. Sayang, kolo mee yang di pesan bukanlah makanan yang memuaskan hati. Hmm... singgah lagi ke bangunan ‘ala foodcourt’, (hanya bersebalahan sahaja sebenarnya) di sana juga ada menjual makanan kolo mee. Hmm... kami pun mencubanya. Nyatanya, kolo mee ini memuaskan hati dan markah yang diberikan 9 per 10. Hehehe... cuma makan kolo mee nya menggunakan ‘chopstick’, nasiblah pandai sedikit.
Selepas makan, berjalan-jalan di kedai yang ada di pekan Seria. Melihat barang-barang yang dijual. Namannya juga perjalanan yang tidak bertujuan dan tidak dirancang. Habis memerhati dari hujung kedai ke hujung kedai, hujung bangunan ke hujung bangunan, kami pun pulang tanpa hasil dan tanpa rasa ‘kepuasan berjalan’ kerana perjalanan yang tanpa tujuan...
Tapi ada satu tarikan yang membuatkan aku suka untuk pergi ke Pekan Seria, iaitu untuk shopping... kerana bagiku di sana semuanya ada dan yang penting harganya sederhana dan di sanalah tempatku dahulu, tempat mulaku membesar, mengenal erti kehidupan sebelum berhijrah ke tempat lain..di sanalah segalanya... dan di sana juga mengingatkan aku tentang erti kerinduan, erti percintaan yang tidak kesampaian, yang hanya tercapai dalam angan dan mimpi... ooooo~~wajahnya menghantui bayanganku... saat pandanganku bertemu dengan pandangannya... hmm...
Kamis 31 Maret 2011 Jam 1903
Tiada ulasan:
Catat Ulasan