Khamis, 31 Mac 2011

Jalan-Jalan berjalan jalan

Ada peribahasa mengatakan, jauh perjalanan, luas pemandangan… jauh perjalanan banyak pengalaman… sejauh manakah kebenaran maksud peribahasa ini? Separuh berkemungkinan benar dan selebihnya berkemungkinan tidak... kenapa? Ini tergantung kepada tujuan seseorang itu pergi berjalan-jalan ke suatu tempat sama ada dengan tujuan atau tanpa tujuan. Karena jika ada tujuan, sesebuah perjalanan akan menjadi seru kerana ia dirancang berdasarkan tujuan. Berbanding jika perjalanan yang tanpa tujuan, tidak akan seru karena tidak ada tujuan dan rancangan. Maunya jalan-jalan secara bersahaja. Tanpa tujuan, entah akan hilang ke mana dan hendak menuju ke mana. Akhirnya hanya meletihkan dan tidak mendatangkan manfaat sama sekali.
Ini mengaitkan tentang kisahku sendiri ketika menemani seorang sahabat pekan lalu berjalan-jalan tanpa tujuan ke pekan Belait. Katanya sahaja berjalan-jalan. Kataku jika tidak ada tujuan atau urusan, tidak perlu dan hanya membuang masa. Namun untuk tidak menghampakannya, aku pun menuruti kata hatinya. Selagi masih ada masa yang terluang dan terbuang, tidak salah. Lagi pula dia hendak pergi untuk mencari tempat yang sesuai untuk makan.

Setibanya di Pekan Belait, kami hanya berjalan-jalan di kedai seolah-olah hendak mencari sesuatu benda namun sebenarnya tidak ada. Keberadaan kami di sana tidak sampai satu jam. Kami pun langsung pergi ke Pekan Seria. Berkunjung di warung makan di Kuala Belait, kebanyakkan warung tidak menjalankan perniagaan... hanya beberapa buah sahaja. Semasa perjalanan menuju Ke Seria, aku berfikir akan kemajuan yang di perolehi dan dibina di daerah itu. Lantas hatiku berkata “Kalau 5 tahun pun aku tidak ke Belait, mungkin kelihatannya masih juga sama”. Tapi itu kata hati, entah benar atau tidak. Namun pendapat yang lain mengatakan tidak benar kerana sekarang pun beberapa buah prasarana baru sedang giat di bina di daerah itu.
Tiba di Pekan Seria, kami pun makan di salah sebuah restoran. Waktu kira-kira jam 3 petang. Pilihan utama ialah kolo mee. Itu hajat dan menu yang utama. Sayang, kolo mee yang di pesan bukanlah makanan yang memuaskan hati. Hmm... singgah lagi ke bangunan ‘ala foodcourt’, (hanya bersebalahan sahaja sebenarnya) di sana juga ada menjual makanan kolo mee. Hmm... kami pun mencubanya. Nyatanya, kolo mee ini memuaskan hati dan markah yang diberikan 9 per 10. Hehehe... cuma makan kolo mee nya menggunakan ‘chopstick’, nasiblah pandai sedikit.

Selepas makan, berjalan-jalan di kedai yang ada di pekan Seria. Melihat barang-barang yang dijual. Namannya juga perjalanan yang tidak bertujuan dan tidak dirancang. Habis memerhati dari hujung kedai ke hujung kedai, hujung bangunan ke hujung bangunan, kami pun pulang tanpa hasil dan tanpa rasa ‘kepuasan berjalan’ kerana perjalanan yang tanpa tujuan...

Tapi ada satu tarikan yang membuatkan aku suka untuk pergi ke Pekan Seria, iaitu untuk shopping... kerana bagiku di sana semuanya ada dan yang penting harganya sederhana dan di sanalah tempatku dahulu, tempat mulaku membesar, mengenal erti kehidupan sebelum berhijrah ke tempat lain..di sanalah segalanya... dan di sana juga mengingatkan aku tentang erti kerinduan, erti percintaan yang tidak kesampaian, yang hanya tercapai dalam angan dan mimpi... ooooo~~wajahnya menghantui bayanganku... saat pandanganku bertemu dengan pandangannya... hmm...

Kamis 31 Maret 2011 Jam 1903

Khamis, 17 Mac 2011

Berisik dan Berbisik

Berisik dan Berbisik, sekilas pandangan mata, keduanya hampir sama. sekilas dari sebutan, juga hampir sama. namun persamaannya itu hanya pada pandangan dan sebutan sahaja. tetapi dari segi makna setentunya membawa maksud yang berlainan. Berisik dalam erti kata lain membawa maksud bising yang disebabkan oleh kekacauan atau disebabkan oleh bunyi-bunyi sama ada bunyi yang alami atau yang dibikin oleh manusia. Berbisik pula membawa makna percakapan antara dua belah pihak, iaitu penutur dan yang mendengar, orang yang ditujukan, secara senyap tanpa didengar oleh pihak ketiga dan orang lain. Pengertian yang diberikan adalah berdasarkan kepada pemahamanku sendiri. jika pengertian yang diberikan salah, mohon maaf. Bagiku penulisan gaya begini adalah penulisan santai dan terbuka untuk percambahan minda.

Setelah beberapa minggu berada dalam suasana yang boleh dikatakan penuh dengan aktiviti pada waktu malam terutamanya menghabiskan masa dengan bermain komputer di salah sebuah restoran, beragam-ragam manusia yang dapat kusaksikan. Dan bagiku setiap kali aku ke sana, bersantai-santai, bermain komputer, surfing, menonton telivisi, orang-orang yang berkunjung ke sana nyatanya mempunyai latar belakang yang berbeza dan mirip dengan yang lain. Maksudku dari segi perangainya. Malah ada diantara mereka juga mempunyai ikatan kekeluargaan yang dekat.(mungkin ini faktornya..ya.. ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi...) Adik-beradik, keponakan dan sebagainya. Mereka inilah yang melahirkan irama-irama berisik yang kadang-kadangnya boleh membuatkan kita senyum, marah, tersinggung dan sebagainya.
Ketika menonton telivisi sahaja, ini terutamanya apabila berlangung acara sepak bola yang disiarkan secara langsung. Biasanya berlangsung hari sabtu malam minggu. Pada malam beginilah biasa ramai orang yang bertandang ke restoran itu untuk menonton televisi. Seperti biasa lakunya seorang pelanggan, memesan makanan dan minuman. Mereka berkumpul dalam satu kumpulan, satu meja. Ada satu meja dalam 5 ke 6 orang. Bila saat-saat genting semasa perlawanan itu berlangsung, ada di antara mereka yang berteriak kerana tidak puas hati, sambil mengeluarkan tohmahan yang boleh dianggap kurang sopan. Tapi bagiku ia lucu kerana dalam keadaan yang ramai pun mereka mengeluarkan tohmahan. Tambahan pula mereka ini golongan yang sudah berusia. Bayangkan orang yang sudah berusia mengeluarkan tohmahan terhadap orang lain di depan kita? Cukup dengan reaksinya sahaja. Jika di depan aku, aku hanya tersenyum dan ketawa. Tapi pastikan dia dalam keadaan yang normal. Maksudku tohmahannya itu ketika dia sedang bercanda atau tidak marah. Jika dalam keadaan marah, dia menyumpah, kita tertawa, pesan saya risiko tanggung sendiri. hehehe.
Dalam waktu yang lain pula, orang yang sama, ada juga yang lain berhimpun. Mereka ini berbincang. Membincangkan hal-hal yang menjadi tanggungjawab mereka, tugas serta pengalaman mereka. Hangatnya perbualan mereka ini umpama berada dalam pertandingan bahas, masing-masing dengan hujahnya, bukti serta kekuatan semangat mereka. Yang kasihannya, perbincangan mereka ini ibaratnya tidak mahu mengalah. Sorang dengan ini, sorang dengan itu. Malah dua lawan satu. Berlakulah pertengkaran kecil gara-gara perbualan itu, cukup dengan nada suara yang keras dan tinggi. Tidak lupa kata-kata tohmahan. aku hanya tersenyum, kadang-kadang tertawa. mereka dihadapanku sedang kau asyik menatap layar laptop bemain game. Mataku meghadap layar skrin, tetapi telingaku merayau mendengar percakapan orang. Tapi pertengkaran mereka itu tidaklah menyebabkan perkelahian.


Nyata berisik. Hal yang sepatutnya tidak perlu dibesar-besarkan, mereka besarkan. Percakapan yang boleh diungkapkan secara perlahan dan halus, mereka berkasar. Ini namanya tidak berisik? Menganggu ketenteraman orang, ketenangan orang yang bersebelahan. Atau mereka ini sudah terbiasa sedemikian rupa dan memang sudah menjadi tabiat mereka khususnya mereka yang tinggal di kawasan sana. Berisiknya orang lain membuatkan kawan di sebelahku seolah-olah terjangkit dengan penyakit mereka. Secara jujur, aku tidak suka orang yang bermain game, kemudian berisik akibat tidak puas hati dengan kekalahan, apatah lagi dia duduk di sebelahku. Aku juga bermain game, aku juga pernah kalah, cuma aku tidak perlu berisik. Apalah adanya pada game, jika kalah, Ya sudahlah. Hehehe.


Berbisik... memandangkan aku duduk bersebalahn dengan kawanku ini, dia ini orangnya kadang-kadangnya sangat prihatin. Prihatin maksudnya tidak dapat melihat kelakuan yang baginya lucu atau boleh diperkatakan. Jika dia ternampak seseorang dengan perangai anehnya, dia segera berbisik kepadaku dan mentertawakannya. Aku hanya diam, terkadang tertawa sedikit. Kalau boleh ku alihkan pemikiran ku kepada benda yang lain agar aku tidak mendengar percakapannya. Bukan apa, takut nantinya di salah sangka sama orang jika orang itu menyedarinya. Dia akan terasa jika dirinya diperkatakan. Tambahan dengan berbisik. Boleh saja dia memikirkan sesuatu yang negatif.


Di restoran itu hanya ada seorang pria sahaja yang berkerja. Dialah pembersih, dialah pelayan, dialah tukang masak, dialah pembantu, dialah pemandu, pokoknya dialah segalanya... kasiannya dia. Pria berinitial S ini kadang-kadang ikut angin. Bila dia rajin, bukan main. Tapi bila dia malas, ini yang paling berat. Semua kerja pun tidak menjadi. Nasi ada? Jawabnya tidak ada.... Nasi ada? Jawabnya jam sembilan baru ada... Horlick ada? Horlicknya habis... (habis pun dia tidak mahu beli) milo ajalah senang.. jawabnya.. pelanggan yang datang tidak semuanya bernasib baik. mahu makan nasi pun dibilang tidak ada, makan maggi doang... Padahal dia yang malas membikinnya. Sebab itu bila ada orang datang dia selalu berisik. Katanya, sudahlah letih, orang datang lagi. Kepadaku dan temanku juga teradang dia berbisik... aku letih, hari ini saja jadi driver, kemudian terus buka kedai...masak lagi..orang lagi ramai datang... hmmm... tanpa berisik orang tidak akan senang dan aman..tanpa berbisik orang juga tidak akan senang dan aman. Namun berisik biarlah pada tempatnya dan berbisik biarlah pada masanya.


Namun aku terus berada di sana, dan berkunjung ke sana, santai, memerhatikan kerenah orang, melihat pembaharuan, melihat corak pemikiran mereka untuk dijadikan input dan output dalam diriku. Bertambah kenalan baru di sana, mengeratkan hubungan persaudaraan. Iyalah...berisik tentang mereka, berbisik di hatiku...


Kamis 17 Maret 2011 jam 1929

Selasa, 8 Mac 2011

PerJalanan Di Ibu Kota

Perjalanan di ibu kota dalam masa yang singkat
Atas dasar satu akibat tanpa sengaja
Berjalan kaki seorang diri dengan sepi
Memantau kemajuan ibu kota
Dengan rasa bangga dan kagum
Melihat bangunan pesat berdiri megah

Dalam hati berbisik sepi
Betapa untungnya menapakkan kaki di sini
Dengan izin Tuhan juga
Membarikan limpahNya kepada bumi tercinta ini

Sejenak memerhatikan kubah yang memukau hati
Teringat akan sumbangan dan jasa
Seorang arkitek moden
Yang menjadi inspirasi kepada pembangunan Negara
Sumbangan yang begitu besar

Perlahan menelusuri jalan keluar kota
Dengan deretan kereta-kereta dari pelbagai nama
Dari pelbagai rupa
Perlahan meningglkan ibu kota
Menuju perjalanan ke luar kota.


AZ
141108


Selasa 8 Maret 2011 Jam 1847

Selasa, 1 Mac 2011

Perjalanan Seorang Marhaen

Hari ini adalah rancangan masa depan
hari esok masanya merista
merungkai satu ikatan sejarah
antara seorang marhaen dengan nasibnya

Hari ini adalah permulaan
hari esok adalah kesudahan
hari-hari mendatang adalah kesimpulan

Perjalanan seorang marhaen
adalah perjalanan mencorak langkah perubahan
tidak terkakai-kakai di alam fana
merungkai segala lipatan yang ada
takkan ia beredar halus umpama gerakan awan di udara
takkan ia kaku membatu
seorang marhaen
hentikan lamunanmu
rancanglah hari ini untuk masa depan
kesimpulan kemudian usahlah kau hiraukan

Ruang 17
AZ
190210


Selasa 1 Maret 2011 – Jam 1845