Isnin, 17 Januari 2011

Enggak Ada Yang Senang

Hujung pekan kedua dan mula pekan ketiga nampaknya dipenuhi dengan titisan hujan di bumi ini. Yang paling ketara sekali apabila hampir tiga hari matahari tidak menampakkan sinarnya. Hanya yang ada adalah kumpulan awan tebal yang menutupi ruang langit dan kemudian ribuan malah jutaan titisan air hujan ke muka bumi ini. Nyatanya pabila sudah hujan turun secara berpanjangan samada secara sekaligus dan perlahan, keadaan sekeliling pun berubah menjadi sejuk.

Berbicara tentang hujan, sudah pasti ia menjanjikan beberapa aktivitas yang tergendala. Kerja rutin harian yang biasanya dilakukan ketika hari panas, terpaksa ditunda buat sementara waktu. Ya... namanya lumrah alam. Pabila ada hujan, pasti akan ada panas, pabila siang pasti malam akan menjelma. Pokoknya semua yang diciptakan Tuhan, pastinya mempunyai pasangan. Kalaulah sekiranya tidak hujan, itupun dikira bencana. Hujan memanjang pun boleh jadi bencana. Lihat sahaja sekarang, bukan di sini sahaja, malah di negara-negara luar pun menerima kadar hujang yang tinggi pada awal tahun ini. Bahkan peristiwa banjir pun berlaku. Kalau kawasan yang selalu sahaja menerima keadaan banjir, ini mungkin sahaja dapat diterima oleh penduduk setempat dan menganggapnya sebagai lumrah dan perkara biasa sehinggakan fenomena ini sedikit pun tidak menakutkan mereka. Tetapi apa halnya jika sesebuah tempat yang dianggap tidak mungkin ditimpa banjir, tiba-tiba dilanda banjir? Ini perkara yang di luar jangkakan dan perkara yang menakutkan. Sebagai contoh yang lain pula tanah longsor atau tanah susur. Kejadian ini tidak dapat dijangkakan oleh manusia tapi ia dapat ditentukan jika sekiranya keadaan sesebuah bukit itu dijaga. Misalnya tidak ada aktivitas penebangan pokok dan sebagainya. Yang pasti, jika terjadi, ramai jiwa yang akan terkorban. Mudah-mudahan dijauhi.

Lewat petang di hari isnin minggu ke tiga ini, alhamdulillah matahari kembali menunjukkan sinarnya. Awan bula meninggalkan langit setelah sekian hari menapak. Namun, beberapa kawasan pastinya telah dilanda banjir dan dijangka air akan mula menaik. (seperti yang kusaksikan sore ini) Harap-haraplah hari seterusnya tidak akan hujan. Bukan meminta untuk menolak rahmat yang turun dari langit, tetapi seharusnya bersyukur kerana membasahi bumi ini dan tidak pula memintanya secara berlebihan. Andainya besok hari akan cerah dan bersinar dengan cahaya matahari, pastinya pak tani akan merasa gembira dan senang. Pastinya nelayan akan senang melaut. Kanak-kanak bisa menikmati perjalanan ke sekolah dengan riang. Aku yakin, pasti ada yang merasa tidak senang jika matahari tidak menunjukkan wajahnya suatu pagi dan pastinya ada yang berasa sengan dengan kehadiran hujan. Kepada hujan, terima kasih buatmu kerana membawa kedinginan yang tak terhingga di saat tidurku yang nyenyak. Kepada matahari, bersinarlah kau kerana ada yang menantikanmu...

170111-2135

Tiada ulasan:

Catat Ulasan