Ramai yang menyeru nama mu
kerana perjuangan niat tulus mu
lahir dan terus mekar sekarang
membara cahayanya ke sekalian alam maya
berkobar megah di persada dunia
apatah lagi langit dijunjung?
Namun dirimu
orang yang hendak menyamar sepertimu
gagal malah hancur
hanya bersisa sekeping untaian besi
yang berkarat walaupun berat
pada dasarnya tidak berguna
Apalah ada pada nama
kalau semangat tiada berguna
bangunan sebagainya di mana-mana
hakikatnya sekadar nama
tidak seperti orang empunya nama
sekarang dicemari gara-gara nama
jijik dan menjijikkan
hilang iltizamnya.
AZ
010310
Minggu 300111-19:30
Ahad, 30 Januari 2011
Isnin, 17 Januari 2011
Enggak Ada Yang Senang
Hujung pekan kedua dan mula pekan ketiga nampaknya dipenuhi dengan titisan hujan di bumi ini. Yang paling ketara sekali apabila hampir tiga hari matahari tidak menampakkan sinarnya. Hanya yang ada adalah kumpulan awan tebal yang menutupi ruang langit dan kemudian ribuan malah jutaan titisan air hujan ke muka bumi ini. Nyatanya pabila sudah hujan turun secara berpanjangan samada secara sekaligus dan perlahan, keadaan sekeliling pun berubah menjadi sejuk.
Berbicara tentang hujan, sudah pasti ia menjanjikan beberapa aktivitas yang tergendala. Kerja rutin harian yang biasanya dilakukan ketika hari panas, terpaksa ditunda buat sementara waktu. Ya... namanya lumrah alam. Pabila ada hujan, pasti akan ada panas, pabila siang pasti malam akan menjelma. Pokoknya semua yang diciptakan Tuhan, pastinya mempunyai pasangan. Kalaulah sekiranya tidak hujan, itupun dikira bencana. Hujan memanjang pun boleh jadi bencana. Lihat sahaja sekarang, bukan di sini sahaja, malah di negara-negara luar pun menerima kadar hujang yang tinggi pada awal tahun ini. Bahkan peristiwa banjir pun berlaku. Kalau kawasan yang selalu sahaja menerima keadaan banjir, ini mungkin sahaja dapat diterima oleh penduduk setempat dan menganggapnya sebagai lumrah dan perkara biasa sehinggakan fenomena ini sedikit pun tidak menakutkan mereka. Tetapi apa halnya jika sesebuah tempat yang dianggap tidak mungkin ditimpa banjir, tiba-tiba dilanda banjir? Ini perkara yang di luar jangkakan dan perkara yang menakutkan. Sebagai contoh yang lain pula tanah longsor atau tanah susur. Kejadian ini tidak dapat dijangkakan oleh manusia tapi ia dapat ditentukan jika sekiranya keadaan sesebuah bukit itu dijaga. Misalnya tidak ada aktivitas penebangan pokok dan sebagainya. Yang pasti, jika terjadi, ramai jiwa yang akan terkorban. Mudah-mudahan dijauhi.
Lewat petang di hari isnin minggu ke tiga ini, alhamdulillah matahari kembali menunjukkan sinarnya. Awan bula meninggalkan langit setelah sekian hari menapak. Namun, beberapa kawasan pastinya telah dilanda banjir dan dijangka air akan mula menaik. (seperti yang kusaksikan sore ini) Harap-haraplah hari seterusnya tidak akan hujan. Bukan meminta untuk menolak rahmat yang turun dari langit, tetapi seharusnya bersyukur kerana membasahi bumi ini dan tidak pula memintanya secara berlebihan. Andainya besok hari akan cerah dan bersinar dengan cahaya matahari, pastinya pak tani akan merasa gembira dan senang. Pastinya nelayan akan senang melaut. Kanak-kanak bisa menikmati perjalanan ke sekolah dengan riang. Aku yakin, pasti ada yang merasa tidak senang jika matahari tidak menunjukkan wajahnya suatu pagi dan pastinya ada yang berasa sengan dengan kehadiran hujan. Kepada hujan, terima kasih buatmu kerana membawa kedinginan yang tak terhingga di saat tidurku yang nyenyak. Kepada matahari, bersinarlah kau kerana ada yang menantikanmu...
170111-2135

Sabtu, 15 Januari 2011
Cuma Empat hari
Sudah dua minggu berada di tahun 2011. Dalam masa dua minggu masing-masing juga telah mencatat sejarah mereka. Seperti biasa, jika orang yang sudah bekerja, dia akan melalui hari-harinya seperti sebelumnya, melayan kerenah rakan-rakan sepejabat, melayan customer, mengikut bidang masing-masing. Bagi kanak-kanak pula, inilah masa yang mereka tunggu kerana sekolah sudah mula beroperasi seperti biasa setelah sebulan lamanya bercuti. Pastinya apabila bertemu dengan rakan-rakan di sekolah, pasti cerita dimulakan dengan pelbagai macam pengalaman mereka semasa cuti persekolahan. Bagi kanak-kanak yang baru bersekolah, ya pastinya pengalaman baru. Ada yang menangis, ada yang takut, bahkan ada pula yang suka kerana dapat kawan baru.
Bagi aku pula, berada dalam tahun 2011 ini tekah membuatkan usiaku menjangkau usia ‘Jubli Perak’ dalam minggu pertama di tahun baru. Terasa badan ini sudah matang dan dewasa. Cuma beberepa perkara yang belum lagi rasanya dapat diubah. Hmm... jangan memandang orang dengan usia. Walaupun usianya tua, namun kadang-kadang jiwanya masih muda. Jangan memandang rendah kepada kanak-kanak, kekadang pemikiran sudah dewasa. Inilah kelainan kehidupan. Masing-masing dengan perangainya dan pemikirannya. Ada yang cepat matang, ada yang lambat.
Pada 8 Januari yang lalu, hari Sabtu, hari yang sangat melelahkan. Dalam masa sehari sahaja aku memenuhi tiga perkara. Pertama menghadapi ujian secara bertulis bagi pemilihan untuk mendapatkan pekerjaan dan aku juga dipanggil untuk menjalani ujian temuduga pada waktu pagi. Pada waktu petangnya pula aku juga menjalani ujian secara bertulis bagi jawatan yang lain pula. Banyak bukan? Seumur hidupku, inilah kali pertama aku menjalani dua perkara semata-mata untuk mendapatkan perkerjaan tetap. Ujian bertulis dan ujian lisan. Alhamdulillah, kesemuanya dapat dilalui dengan aman. Cuma ketika ujian lisan sahaja entah mengapa aku merasa bosan. Bosan kepada diriku kerana aku pada ketika itu seolah-olah kaku apabila diajukan soalan. Tidak seperti ujian lisan yang pertama pada Disember lalu. Biarlah rezeki yang menentukan, seseungguhnya Dia yang Maha Kuasa.
Semasa hendak ujian temuduga itu, kebetulan pula ada seorang sahabat, sama batch tapi berlainan kursus, sama-sama di bawah satu bumbung ketika tinggal di asrama, dia ada bersamaku untuk menjalani temuduga. Aku terkejut lalu bersalaman dengannya. Sudah lama tidak berjumpa, tidaklah sampai setahun. Pertanyaan yang pertama aku ajukan, adakah dia menjalani ujian temudga sama dengan jawatan yang aku pohon? Katanya ‘Ya’ alhamdulillah kata hatiku, semoga sama-sama mendapat rezeki dengan cepat. Menunggu untuk dipanggil, kami berborak-borak dengan nada yang kecil. Maklumlah pada ketika itu dalam ruangan menunggu, ramai juga yang hendak di temuduga, kulihat ada 2 orang lelaki (in service), dan beberapa orang perempuan. Dari ramai-ramai kami ini, hanya beberapa orang sahaja berumur dalam lingkungan 22-26 tahun(yang baru hendak bekerja), selebihnya ku anggarkan berumur 30-45 tahun (hendak mendapatkan pekerjaan baru atau disamping perkerjaan yang sedia ada).
Dalam sembang-sembang dengan rakan se ‘batch’ ini, aku tertarik dengan sebuah topik yang dibangkitkannya. Iaitu melanjutkan pengajian ke peringkat S2 (Master atau Sarjana). Mula-mula dia bertanya kepada ku, jawabku tidak. Aku tunggu bila ada rezeki. Kemudian aku bertanya kepadanya kembali “Engkau bagaimana?”
Berikut jawapannya:
“Aku tidak mahu melanjutkan pengajian ke peringkat S2 kerana aku bukan orang senang seperti kebanyakkan orang lain. Kehidupan ku susah. Lebih baik aku berkerja dahulu untuk mendapatkan kesenangan untuk diriku dan keluarga ku. Walaupun keluargaku memberikan kebenaran, tapi aku rasa lebih baik aku berkerja dahulu. Apa guna belajar tinggi kalau nanti sudah tamat sarjana tidak bekerja? Peringkat S1 pun sudah susah dapat kerja. Sekarang pun mahu cari kerja pun susah, mahu tukar bidang pun susah. Apatah lagi macam kita, bidang perguruan, untuk bekerja sebagai guru pun susah!” ( oppss... hehehe...ketahuan)
Jawapan yang diberikannya agak sama dengan jawapanku apabila ditanya oleh orang lain. Ternyata pemikiran kami sama, mungkin faktor kebersamaan itu disebabkan oleh faktor persekitaran dan kehidupan. Aku hidupnya susah dan sederhana. Dirinya pun juga. Ramai sahabat kami yang berjaya menyambung pengajian mereka sama ada di dalam negara mahupun luar negara di peringkat sarjana. Biarkanlah bisik hatiku... Mereka orang senang, untuk dapatkan duit pun tidak susah.. minta saja dari orang tua mereka, kemudian dapat. Cuba hayati kata-kataku ini “ Bahagiakanlah Orang Tua mu dengan Kejayaanmu dan Janganlah Bahagiakan Orang Tuamu dengan Kesengsaraanmu”. Maksudnya kalau kita ingin orang tua kita bangga kita berjaya dalam hidup, bukan setakat kita berjaya memiliki gelaran sarjana Muda saja malah mendapatkan perkerjaan yang tetap. Bukannya belajar tinggi-tinggi, gelaran sarjana tapi tidak bekerja. Orang tua mana yang tidak senang melihat anaknya mendapat kerja berbanding orang tua yang memilki anak yang mendapat kelulusan tinggi? Dunia sekarang sudah berubah... Dahulu jumlah yang mendapat sarjana muda itu rendah, sekarang kian ramai. Aku yakin dalam masa lima tahun lagi jumlahnya meninggi... Percayalah...
Sehari sebelumnya aku dipanggil untuk ditemuduga bekerja di sebuah restoran yang tempatnya tidak jauh dari kediamanku. Hanya beberepa hari selepas aku memohon untuk bekerja di sana. Mulanya seakan tidak percaya dipanggil oleh pihak pengurus restoran untuk di temuduga. Dengan bantuan seorang rakan, aku pun di ambil bekerja di sana bermula pada hari Isnin 10 Januari. Perjumpaanku dengan penyelia restoran tersebut dilakukan secara tidak rasmi dan sudah ku jangkakan, pertemuan ini akan dilakukan secara tidak formal. Nasib baiklah aku tidak mengenakan pakaian sangat kemas. Hanya memadai memakai baju kemeja, seluar hitam dan berkasut. Dia bertanya kepada ku, kerja apa yang aku inginkan. Aku lalu bertanya, kerja apa yang ada. Dia menjawab waitress, kitchen helper dan cleaner. Dia tidak lagi membukakan ruang pekerjaan bagi jawatan waiter kerana dia mencari waitress sahaja. Aku pun memilih menjadi cleaner. Kerja setiap hari bermula jam 7 pagi hingga 5 petang.
Hari Pertama bekerja (100111):
Dalam keadaan yang mengantuk aku memaksakan diriku untuk mandi. Ya sebenaranya aku ingin bangun sebelum jam 6, tapi sebab terlalu nyenyak tidur dan semalamnya susah mahu tidur, aku pun bangun pada jam 6.30. Rencananya ingin bertolak dari rumah jam 6.45 pagi memandangkan jarak dari rumah ke tempat kerja hanya dalam 9 Km sahaja. Lagipula pada pagi itu aku masih merasa bingung sama ada mahu membawa joran pancing atau tidak. Seminggu sebelum mula bekerja, aku telah berjanji untuk pergi memancing bersama dua orang rakan pada waktu petang, selseai mereka bertugas. Apabila diberitahu aku sudah bekerja, katanya lepas waktu bekerjalah jalan memancing. Aku pun terima cadangan tersebut. Itupun jika cuaca mengizinkan. Hmm... kata hatiku tidak usahlah membawa joran, kalaupun aku turut, aku lihat sahajalah mereka memancing. Janji aku ikut sudahlah. Hehehe.
Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 10 minit sahaja nampaknya hanya angan-angan belaka. Jalan menuju ke tempat kerja macet habis... malangnya hari ku. Dahlah akhir bangun, terpaksa pula akhir datang bekerja, jalan raya lagi macet. Marah pun tidak ada gunanya. Sepanjang 8 Km kereta berbaris untuk menuju ke tempat kerja. Sekali lagi, inilah pengalaman yang pertama selama aku hidup... “Besok, aku mesti awal jalan!”kata hatiku...
Datang ke tempat kerja pada jam 7.20 pagi. Terlewat 20 minit. Apabila kau masuk melewati pintu depan, ternampak si Penyelia sedang duduk di meja cashier sambil menonton tv. Menunggulah tu~hehehe. Tapi wajahnya tidah menunjukkan kemarahan melainkan keletihan. Aku pun memberitahu keadaan yang sebenarnya. Katanya “Itu sudah biasa wah, tiap hari memang ini macam”. Aku memanggilnya si Penyelia. (kerana dia yang menjaga dan menguruskan restoran itu bagi mengantikan tuan yang sebenar)
Tidak membuang masa, si Penyelia ini pun mengarahkan beberapa tugas kepadaku, yang pertama ialah mencuci kontainer makanan. Lepas itu, dia tidak memberitahu tugas yang selanjutnya. Aku pun mencuci segala kontainer makanan secara perlahan-lahan. Ada 40 jumlahnya. Sebelum mencuci, aku terpaksa membuang sisa-sisa makanan yang masih lagi ada di dalamnya ke dalam tong sampah. Kekadang terus di dalam sink, tapi di tapis dahulu. Ada sisa makanan, ada yang tidak di jamah hingga basi di dalam kontainer. Aku sedikit pun tidak jijik melihat sisa makanan itu kerana sudah biasa. Itukan makanan dan bukannya najis. Kelihatan beberapa orang pekerja yang datang untuk memulakan tugas mereka (shift pagi) Selesai mencuci itu, aku mencuci pinggan. Pinggannya pinggan kaca, bukannya plastik. Selain itu, mangkuk sup, dan sudu, garpu dan sebagainya. Setelah selesai, kerja ku pun habis. Aku tidak tahu apa lagi yang patut aku buat, lantas aku melihat ke ruang depan (ketika itu aku di ruangan dapur dan memangnya kerjaku di ruangan dapur) ada waitress sedang menyediakan tisu untuk diletakkan di atas meja. Waktu itu dalam jam 9 pagi... aku pun menolong mereka membuat kerja itu. Perlahan-lahan sambil belajar. Maklumlah, tidak pandai. “Sudah makan?”(ketika itu makanan sudah disediakan untuk staff) Kata seorang waitress kepada ku. Ku balas dengan senyuman, “ Masih kenyang”. Sebenarnya di ruangan dapur tadi tukang masak menyediakan sajian mee Kue Tiaw untuk sarapan pekerja atau istilah mereka ‘Staff Food’. Secara jujur aku tidak ada rasa hendak makan apatah lagi makan yang berat-berat pada waktu pagi. Lantas aku mengatakan aku masih kenyang. Waktu pagi bagi aku tidak sesuai untuk makan. Entah kenapa, sudah terbiasa, kadang hingga waktu tengahari. Hanya memadai minum sahaja. Sebelum itu pun aku minum teh ‘O’ sambil mengeringkan pinggan yang baru ku cuci agar cepat kering. “Mau minum apa?”. “Bagi Teh ‘0’” kataku. Tidak sampai 5 minit minuman yang ku inginkan pun terhidang buatku. “Kalau mahu minum, beritahu saja, jangan malu-malu”.
Kemudian aku menolong pekerja lain (pelayan) untuk memasukkan makanan ke dalam kontainer yang sudah aku cuci tadi. Makanan itu di hantar ke sebuah syarikat besar. Ternyata restoran ini mempunyai ikatan kontrak buat syarikat tersebut untuk menyajikan makanan. Sehari 3 kali. Sekarang barulah aku mengerti dari mana datangnya kontainer itu. Setiap hari si Penyelia menghantar makanan itu. Waktu delivery: tidak lewat jam 11 pagi. ok~~
Lepas bekerja, aku pun pergi memancing bersama dengan rakan-rakan. Nyataanya malam itu bukanlah waktu yang tepat dan bagus. Sebelum senja awan mula menghimpun. Selepas maghrib hujan mula membasahi bumi secara perlahan-lahan kemudian... Hujan turun dengan lebatnya. Baju basah. Tambahan aku tidak membawa baju extra, balik kerja terus ke sana. Aku mandi hujan bersama dengan 2 orang rakan ku. Hujan bercampur angin, kemudian diikuti dengan guntur dan petir. Fuh, sungguh menakutkan. Aku tidak tahan lalu masuk ke dalam kereta dan membuka bajuku. tidak lama kemudian kami pun bereedar. Sebelum itu, ketika menolong mereka mengemaskan peralatan memancing, aku keluar dari kereta dalam keadaan tidak berbaju, hanya berseluar. Di tiupi angin dan dibasahi hujan, aku menggigil. Sangat sejuk. Aku memandu sejauh 19 Km dengan kelajuan 90 Km/s untuk pulang dalam keadaan yang tidak berbaju, hujan yang berlanjutan memaksa aku memasang alat penghawa dingin, sedikit sebanyak basah dibadanku kering. Tapi masih sejuk. Inilah kali pertama aku memandu dalam keadaan tidak berbaju. Sampai di rumah, sebelum mandi, aku makan terlebih dahulu. Lepas mandi aku terus tidur. Besoklnya bangun awal untuk kerja agar tidak macet lagi. Hari yang singkat berada di rumah dan hari yang meletihkan...
Hari kedua (110111)
Hari kedua, aku bangun pada jam 6.15 pagi. awal berbanding hari kemarinnya. Setelah selesai dan hanya bersarapan dengan meminum segelas air aku terus pergi kerja. Harap-harap jalan tidak macet lagi. Ternyata andaian itu salah. Jalannya masih lagi macet. Tapi tidaklah seteruk yang kemarin. Sampai di tempat kerja jam 7.02 pagi.
Sakit kepala apabila melihat longgokan kontainer dan pinggan mangkuk yang belum di cuci. Datang terus melakukan kerja tanpa berlengah-lengah lagi. Ini kerana aku tidak mahu mengganggu kerja memasak yang akan bermula tidak lama selepas itu. Selesai sahaja mencuci segala kontainer dan pinggan serta yang lainnya aku membersihkan peralatan dapur yang lainnya. Ku lihat kerja sebagai tukang masak ini bukanlah mudah. Bukan setakat masak, malah memeriksa dan menyediakan bahan-bahan yang lain nuntuk di masak. Sebentar lagi, restoran pun mula dibuka. Sibuklah tukang masak ini meyediakan makanan mengikut apa yang telah di pesan dan makanan yang hendak di deliver.
Kerja yang telah aku selesaikan, nampak bersih dan rapi, lantas aku hanya membuat kerja dengan perlahan-lahan seperti membersihkan peti sejuk kerana selepas ini aku sendiri pun tidak tahu mahu buat apa lagi. Maklmumlah, janji yang diberikan kepadaku oleh si Penyelia, dia akan menyediakan Working List kepada ku semasa temuduga. Nyata ini sudah hari kedua, tidak juga ada. Malaslah aku hendak menagih kepadanya. Biarkanlah...
Aku mencari-cari kerja yang hendak dibuat, akhirnya aku menolong memotong sayur. Walaupun tidak begitu pandai, tapi aku mencoba dan akhirnya selesai. Menunggu lagi apa yang hendak dilakukan.
Pada hari tersebut, ramai pelanggan yang datang makan di sana. Waktu itu menghampiri waktu tengah hari. Bertambah banyak pinggan yang datang hendak di cuci. Pada saat itu si Penyelia sudah beredar untuk menghantar makanan ke syarikat besar yang letaknya tidak berapa jauh dari restoran. Barulah keadaan dapur tenang. Kalaulah ada si Penyelia itu, keadaan dapur akan huru hara. Dia juga pandai memasak. Apabila dia memasak, mengalahkan Chef. Habislah keadaan dapur kotor sana sini. Aku pun binggung melihatnya. Mahu saja aku pergi keluar dari ruangan dapur untuk mencari pekerjaan yang lain. Tapi aku tahan dan diam sahaja. “Rehat dulu...nanti sambung kerja lagi”. Kata tukang masak itu kepadaku. Aku berikan dia nama si A. Kami pun keluar dari pintu belakang dan berehat sebentar. Ku lihat dia merokok. Lantas kami pun bercerita. Si A ini badannya sederhana tinggi berambut keriting. Dia sudah lama berkerja di restoran itu. Awal pagi dia sudah turun bekerja dan waktu rehatnya jam 1.30 petang. berehat selepas itu kemudian sambung bekerja jam 5.30 petang hingga jam 9.30 malam (waktu restoran tutup).
Seorang lagi tukang masak aku menggelarnya si B. Dia ini orangnya pendiam. Badannya sama seperti aku, tidak kurus. Sederhana sahaja. Tingginya sama seperti aku. Dia baharu sebulan kerja di sana. Sebelum ini dia juga pernah bekerja sebagai tukang masak di restoran yang lain di daerahku. Berbeza dengan si A, si B berehat pada jam 2.30 petang. sedihnya dia ini kadang-kadang berehat, kadang-kadang tidak, kadang lewat. Ikut kehendak si Penyelia. Jika Penyelia ada dia akan berehat tepat pada waktunya. Kerja memasak di lakukan oleh si Penyelia. Jika Penyelia sibuk dengan penghantaran makanan, mesyuarat dan sebagainya. Si B tidak akan berehat. Kedua-dua tukang masak ini tadi berasal dari Indonesia. Si B dari Jawa Barat. Si A aku tidak sempat untuk menanyakan kepadanya. Seorang perempuan menyandang tugas sebagai kitchen helper. Orang tempatan. Perumuran 40an dan seorang perempuan. Dia tinggal di kawasan terdekat. Kadang-kadang dia juga memasak untuk menyediakan makanan buffet untuk dihantar ke syarikat yang besar, untuk jamuan makan tengahari. (restoran ini mendapat tender bagi menyediakan makanan). Jumlah yang berkerja di dapur 5 orang. Aku sebagai cleaner, 2 orang tukang masak, seorang kitchen helper dan si Penyelia, juga kadang-kadang memasak.
Tamatnya waktu bekerja, aku merasa senang apabila datang di rumah. Ternyata impian untuk berehat selepas bekerja kesampaian. Tapi tidak lama selepas itu seorang teman menghubungi, katanya dia mangajak untuk pergi wireless/surfing di sebuah kedai makan yang letaknya sama jaraknya jauhnya dari tempat aku bekerja. Mulanya aku keberatan hendak pergi kerana sudah letih. Tambahan pula kemarin pun sudah berbasah berhujan memanacing. Aku pun menerima pelawaannya itu. Rasa hati hendak melepaskan lelah. Tapi aku bilang aku tidak akan betah kerana hari pun menunjukkan hujan akan turun. Benar, setelah selesai hendak pulang, hujan turun dengan lebatnya hingga aku sampai ke rumah. Mujurlah sebelum itu aku sudah mandi. Sampai di rumah, lepas makan malam aku langsung tidur.
Hari ketiga 120111:
Hari ini aku bangun jam 6 pagi. lagi awal dari yang sebelumnya. Itu pun malas rasanya mahu bangun kerana tidak cukup tidur. Macam biasa, hanya minum segelas air sejuk dan langsung turun bekerja. Jalan macet lagi. Tiap-tiap hari macet. Walau aku jalan jam 6.30 pun sudah mula macet. Ikutkan rasa mahu saja aku jalan jam 6 pagi. tapi terlalu awal rasanya sia-sia. Datang ke tempat kerja kalau restoran itu sendiri pun belum buka, apa guna... menunggu dalam kereta, alah, bosan rasanya...
Sebelum keluar dari pintu rumah, aku berdoa kepada Tuhan, agar memberikan aku kesenangan dan mengakhirkan seksaan yang aku tempuhi. Dalam keadaan yang sayu, aku menguatkan hari agar sentiasa menerima dugaan dan cabaran dengan hari yang terbuka. Hendak masuk bekerja, turun dari kenderaan pun aku berdoa lagi sekali memhon petunjuk dan jalan penyelesaian. Aku pasrah, aku redha...
Waa... baru melihat jumlah pinggan yang banyak, aku terasa mesti pagi ini nanti pagi yang meletihkan. Apa boleh buat, lakukan sahajalah. Banyak pun banyaklah... Entah bagaimana, entah kenapa ketika aku menghayati setiap cucian yang aku lakukan, seolah-olah ada sesuatu kata yang membisikkan ke telingaku dan ada yang menuangkan ide ke kepalaku. Aku kaget, aku tergamam. Sesuatu jalan atau cara yang tidak pernah terfikir olehku. Kata-kata itu berbunyi begini: “Engkau berhenti kerja dan nyatakan kepada mereka bahawa engkau sudah mendapatkan kerja yang lebih bagus dari ini!” lepas dari ide itu, aku mula berfikir, ini adalah cara yang bagus dan Tuhan telah memberikan aku pertunjuk dan jalan penyelesaian. Syukur... Tuhan telah mendengar permintaanku...
Aku membuat ketja dengan senang sambil memikirkan bilakah waktu yang sesuai untuk aku berhenti. Mulanya aku berfikir hendak melanjutkan pekerjaan selama seminggu. Kemudian datang lagi ide untuk hari sabtu adalah hari yang terakhir. Tapi bagiku itu terlalu lama hingga satu keputusan yang muktamad, esok adalah hari terakhir aku bekerja. Ya, hari yang terakhir!
Lepas waktu tengahari, aku mencari waktu yang sesuai untuk menyatakan hasratku ini. Tapi aku tidak akan menyatakan ini secara terus kepada Penyelia. Mesti ada orang tengah. Hmmm... aaa... cashier. Ya dia. Kerana dia ini penolongnya Penyelia. sewaktu aku datang ke sana pun hendak mengambil borang kerja, dia yang mengendalikannya. Dia juga menguruskan hal-hal perbelanjaan, keluar masuk barang keperluan dapur dan makanan serta tempahan dari luar. Tepat waktunya, aku menghampirinya di ruangan depan meja cashier, meninggalkan tugas ku sebentar. Pemergianku tidak dihiraukan oleh 2 orang pekerja dapur lainnya. Dia sedang sibuk membuat kerjanya. Hanya dia seorang. Dengan rasa yang gementar, aku pun menyatakan hasratku itu. Nyatanya dia terkejut sikit dengan permintaanku. Dia tanya kenapa dan aku jawab mengapa. Aku meminta tolong kepadanya agar memberitahu niat ku ini kepada Penyelia apabila dia sudah datang ( kerana pada masa itu dia pergi entah ke mana). Baik katanya.
Dengan senang hati dan senyum simpul aku menyambung tugasku mengupas bawang putih. Bukan tugasku sebenarnya, tapi lebih baik daripada tanpa melakukan apa-apa tugas. Nanti di marah pula. Walaupun sebenarnya jika habis kerja, boleh duduk di ruangan makan sambil menonton telivisyen, tapi aku tidak mahu. Aku mahu bekerja. Takut nanti ada yang mengatakan aku curi tulang.
Sisa dua jam lagi sebelum habis tugas, Penyelia sudah datang. Dia masuk ke ruangan dapur untuk memasak. Aku seolah-olah tidak menghiraukan kehadirannya. Aku meneruskan kerjaku mengupas kerana kerja yang lainnya sudah selesai. Hendak mencuci pinggan pun, pinggan pun tidaklah banyak sangat, tidak ramai pelanggan pada petang itu kecuali paginya. Mulanya aku rasa dia macam belum tahu sahaja aku last tugas besok. Mungkin sahaja dia belum diberitahu oleh si Alice (bukan nama sebenar) tentang hasratku. Biarkanlah... mungkin nanti. Di ruangan dapur dia bercerita dengan si C. (kitchen Helper yang telah aku nyatakan dengan ringkas sebelumnya) tidak juga si Penyelia menegurku dan seolah dia mengetahui bahawa aku akan pergi. Ketika aku khusyuk mengupas bawang, tiba –tiba dia bertanya, “Hari ini kamu last kah?” jawabku “Tidak, besok saya last.” Dibalasnya “Kenapa?” ku jawab “Saya sudah dapat kerja baru yang telah lama saya apply dulu”. Katanya lagi “Baguslah kalau begitu, saya pun senang kau dapat kerja yang lebih bagus lagi. Nanti bila jumpa lagi, belanja makanlah ah”. Balasnya sambil ketawa ringan. Rupanya Alice sudah memberitahu kepadanya...
Ya Allah, aku yakin dengan apa yang telah lakukan kerana Engkau telah memberikan aku petunjuk dan jalan penerang bagi hambamu yang dalam kesusahan ini.
Malamnya aku bisa tidur senang dan dapat berehat. Tidak ada yang menganggu, tidak pula ada rencana yang hendak dibuat malam itu. Hanya membuat surat berhenti kerja sahaja. Itu pun tidak lama untuk membuatnya lepas sahaja melihat sinetron yang mencuit hati di Indosiar.
Hari keempat 130111 (hari terakhir):
Hari ini aku bangun sebelum jam 6 pagi. sengaja bangun awal kerana tidak perlu bergegas. Jalan macet? Ya biarkanlah... kalau macet pun aku tidak kisah. Inilah hari yang terakhir untuk aku menghadapinya. Jika bangun awal pun, inilah yang terkakhirnya. Besoknya pun boleh bangun awal.
Bertugas macam biasa, si Penyelia kaget melihat aku sambil menegur, “Saya ingat kamu tidak datang hari ini?” lantas ku balas “Besok saya tidak datang kerana hari ini hari terakhir saya.” Pendekkan cerita, hari ini tidak banyak yang aku lakukan dan aku senang banget. Besok tidak payah datang kerja lagi. Tidak lagi melihat pinggan yang begitu banyak dan mengalami blister di tangan sebagaimana yang masih aku alami hingga ke hari ini.
Menunggu waktu tamat kerja, keadaan seunyi kerana tidak ramai pelanggan. Tinggallah aku dengan si B di ruangan dapur. Si B ini pendiam orangnya. Kalau ada pesanan, dia terus memasak tanpa berlengah. Keluhan pun jarang sekali aku mendengarnya. Ya... mungkin dia ini pendiamnya sama seperti aku. Sehingga si penyelia mengatakan aku ini orangnya pendiam dan bertanya adakah sejak dari sekolah aku seorang yang pendiam. Ku jawab iya...
Si B bertanya kepada ku adakah aku ini sudah kahwin atau belum? Aduh, soalan bonus ini. kemudian aku menjawab aku belum kahwin. Bagaimana hendak kahwin, cari pekerjaan tetap pun susah. Kelulusan sudah tinggi pun, mahu cari kerja pun susah, kataku. Dia menyambung lagi, sebaik-baiknya kahwin awal. Kerana menurutnya dunia ini sudah tua. Rugi kalau tidak kahwin awal. Maunya aku pun mahu kahwin awal, cuma bagaimana. Rezeki belum cukup lagi. Tapi aku kasihan melihat si B ini. selepas dia pulang setelah bekerja sebagai tukang masak 3 tahun lalu, dia sempat pulang ke kampung halamannya dan dia berkahwin. Setahun dia di Indonesia, kemudian dia pergi lagi ke sini untuk bekerja. Tidak lama dia bersama isterinya, dia pergi lagi bekerja di luar negara. Kasihan aku mendengar ceritanya... mesti isterinya rindu banget dengan suaminya. Tapi...tiap malam kok bisa smsan dengan isterinya. Dia juga pernah bercerita kepada ku dan ternyata pemikiran kami ini sama. Menurutnya kerja sebagai tukang masak in susah. Kerjanya kerja terus. Mahu rehat pun susah. Lebih baik dia bekerja sebagai buruh kasar. Berat memang berat sih, tapi cukup jam waktu sore, sudah habis kerja langsung boleh jalan-jalan untuk lepas lelah. Kalau kerja di restoran, malam baru habis kerja, sudah selesai langsung tidur. Lagi pula, seminggu terus bekerja. Kalau buruh, hari minggu adalah hari libur. Aku mengiyakan kata-katanya. Aku setuju benar. Bukan mahu membelanya tapi pemikiran ku sebaya dengan pemikirannya. Ternyata katanya di sini pun susah mahu cari kerja, dia ingat senang. Samalah macam di negaranya.
Angan-angannya dia mahu buka warung di negaranya. Warung tegal. Tapi katanya belum ada modal. Sebab itulah dia pergi bekerja dulu di sini mahu himpun wang. Aku bersetuju dengan pendapatnya. Bagiku dia pandai memasak, kalau dia buka warung, tidak ada masalah dan tidak akan rugi kerana itu memang bidangnya dan kepandaiannya. Aku doakan, semoga cita-citanya itu tercapai kerana aku kasihan melihatnya. Mujurlah dia belum punya anak, kalau sudah punya anak, aku rasa mungkin setiap hari dia kangen dengan anaknya. Sabar ya temanku... kesenangan akan datang kepadamu nanti Insyallah...
Jam 5 mendekati ku. Ku renung dan bertanya kepada rakan sekerja, rupanya Penyelia tidak ada. Di pergi jauh sebentar. Waa, aku tidak sempat berjumpa dengannya di hari terakhir aku di sini. Tapi tidak mengapa, nanti-nanti pun boleh jumpa. Kan ini restoran. Sesiapa pun boleh datang. Aal punya uang untuk bayar makanan. Aku pulang tanpa meninggalkan pesan. Aku pulang hanya meninggalkan senyuman dan pandangan terkahir kepada pekerjanya. Surat ada di tangan lantas ku berikan kepada Alice sebagai tanda yang terakhir aku akan pergi untuk selamanya. Tidak ku sangka, cuma empat hari saja aku di sana. Masa cepat berlalu. Walau cuma empat hari, terasa semacam sudah sebulan aku di sana. Teruskanlah saja hidupku...
Kesimpulan
Persoalan utama bagiku sebenarnya, apakah aku ini tidak tahan bekerja atau bagaimana. Bagi ku, masalahnya aku tidak sesuai untuk di sana. Keadaan ruangan dapur yang tidak begitu luas, kekadang membuatkan aku rimas bekerja. Mana lagi mereka perlu membuat persediaan untuk memasak. Jika aku tidak tahan mustahil. Kerana beberapa lama dahulu pun aku pernah kerja kuli. Kerjanya lagi teruk dari yang ini. gajinya malah lebih murah. Biarkanlah... mungkin aku tidak sesuai dan layak di sana.
Sungguh pun begitu, aku merasa puas kerana walau cuma empat hari, aku banyak menimba pengalaman baru yang boleh ku jadikan sebagai bahan dalam kehidupanku. Aku dapat melihat bagaimana cara mereka masak yang boleh aku ikuti nanti jika ada kesempatan, aku juga dapat mempelajari resepi baru yang selama ini aku tidak tahu cara memasaknya. Cuma gaji yang diberikan tidak berbaloi dengan tugas yang aku miliki. Itu yang utamanya. Tapi kan...empat hari pun rasa bersyukur kerana empat hari bukannya waktu yang pendek. Sehari aku bekerja 10 jam, empat hari sudah 40 jam. Jadi gajiku $40 sahaja. Tidak dapat aku bayangkan kalau orang lain. Mungkin sehari sudah cukup mereka di sana. Apatah lagi kalau mereka itu kelulusannya sama seperti aku.
Aku berterima kasih banyak-banyak kepada si Penyelia kerana memberikan peluang ku berkerja di sana, kesudiannya menerima aku di sana walau hanya sebagai cleaner. Mudahan selepas ini akan ada orang baru yang dapat menggantiku. Mudah-mudahan ada.
Selagi rezeki itu ada di mana-mana, selagi itu manusia boleh menjemput kehadirannya...
150111/13:30

Langgan:
Catatan (Atom)