Khamis, 12 Julai 2012

SEKOLAH SWASTA SASARAN JERAYAWARA

Bersempena dengan Sambutan Bulan Bahasa yang jatuh pada bulan julai tahun ini, tim sidang redaksi majalah Mekar mengadakan jerayawara yang telah berkunjung ke sekolah swasta selama tiga hari berturut-turut. Sekolah yang dimaksudkan ialah Sekolah Seri Mulia Sarjana kampung Jangsak pada hari isnin 9 Julai 2012. Pada keeseokan harinya pula bertandang ke Sekolah Chung Hwa pekan Tutong dan destinasi terakhir pada 11 Julai di Sekolah St. James Kuala Belait. Jerayawara ini bukan hanya memperkenalkan majalah Mekar kepada murid-murid malah ia juga bertujuan untuk menggalakkan murid-murid sekolah untuk ‘Mendaulatkan Bahasa Melayu’ sebagai bahasa rasmi Negara sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Negeri Brunei Tahun 1959.

Isnin, 4 Jun 2012

SEKOLAH ST GEROGE DESTINASI SETERUSNYA JERAYAWARA

Destinasi jerayawara Majalah Mekar anjuran Bahagian Perancangan Majalah dan Jurnal, Unit Majalah Mekar telah berkunjung ke Sekolah St George Bandar Seri Begawan pada hari Isnin 28 Mei 2012 yang lalu. Jerayawara yang diadakan ini bukan hanya menumpukan kepada sekolah-sekolah rendah kerajaan malah tim redaksi majalah Mekar juga mengadakannya di sekolah-sekolah bukan kerajaan di negara ini. Sambutan yang mengalakkan daripada murid-murid serta guru di sekolah ini memeriahkan lagi suasana jerayawara pada hari tersebut.

Isnin, 7 Mei 2012

JERAYAWARA DI SR BEBULOH BRUNEI IV

Siri jerayawara majalah Mekar diteruskan lagi pada hari Sabtu, 5 Mei 2012. Kali ini bertandang pula di Sekolah Rendah Bebuloh Brunei IV. Suasana yang aman damai, keriuhan murid-murid dan sambutan yang baik di sana mengingatkan kembali segala kenangan setelah merentas empat buah sekolah terdahulu sebelum menapakkan kaki di Sekolah Rendah Bebuloh.

Rabu, 2 Mei 2012

Dua Lebih Baik...

Dalam kehidupan ini, seseorang biasanya mempunyai matlamat hidup masing-masing. Mempunyai pendirian masing-masing, ketetapan hasil sendiri. Namun ada kalanya seseorang itu memerlukan bantuan dan pandangan orang lain untuk meminta sesuatu ide sebelum membuat sesuatu keputusan. Kerana buah fikiran yang banyak lebih baik dan berguna unutk dinilai berbanding hanya satu buah fikiran. Oleh kerana itulah mengapa, kita selaku manusia yang dianugerahkan oleh sebuah ‘jentera’ yang dipanggil otak yang berfikir. Mestilah berbincang terlebih dahulu. Kerana melalui perbincangan dan bertukar-tukar pendapat itu akhirnya akan melahirkan satu keputusan yang bernas dan berguna serta dapat diterima pakai. Benarlah kata pujangga, muafakat membawa berkat, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Jika diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian, kata pujangga itu tadi memang patut di amalkan. Bukan hanya di dalam rumah sahaja, malah di tempat kerja dan sebagainya. Nah, berdasarkan kepada hujah di atas, muhasabahlah diri sendiri, , sejauhmanakah pencapaian yang telah dilakukan dan dikecapi? Apakah nilai kesatuan, kemuafakatan itu masih lagi digunapakai atau hanya sekadar sebuah madah yang menambah keindahan sesebuah wacana dan keindahan dalam pertuturan? Berbalik semla kepada pegangan seseorang. Adakah boleh bersifat mandiri? Mungkin sahaja boleh, itupun kalau setiap keputusan itu dibuat dengan bijak serta telah difikir secara masak. Bagaimanapula jika sebaliknya? Mampukan mandiri dengan diri sendiri jika setiap keputusan yang dibuat itu tidak dapat diterima pakai. Dalam kasus ini, masyarakat di sekililing tidak kira ‘orang yang terdekat’ atau bukan, memberikan sedikit dampak yang positif ke arah sifat kemandirian seseorang. Setiap perkara yang hendak dijalankan, perlu meminta pandangan dari orang lain, memikirkan baik buruknya. Barulah hidup itu lebih terurus dan akan membuahkan hasil yang baik. “Memilih dari yang banyak itu, lebih seronok walau membinggungkan berbanding dari memilih sesuatu yang sedikit tetapi menyenangkan”.

Sabtu, 28 April 2012

KUNJUNGAN KE SR AMAR PAHLAWAN BRUNEI IIA

Jerayawara tim redaksi majalah Mekar diteruskan lagi pada hari Sabtu 28 April 2012. Kali ini bertandang pula ke Sekolah Rendah Amar Pahlawan Brunei II A. Sekolah ini merupakan destinasi ke 4. Kunjungan tim redaksi ke sekolah ini disambut meriah oleh guru dan pelajar di sana. Guru-guru memberikan kerjasama yang jitu untuk menjayakan jerayawara ini dan murid-murid pula aktif serta antusias menjawab soalan serta mengikuti aktiviti yang diadakan oleh pihak tim redaksi. Sambutan yang positif ini menunjukkan bahawa majalah Mekar adalah sebuah majalah kegemaran kanak-kanak dari dahulu sehingga sekarang.

Khamis, 26 April 2012

BERTANDANG KE SRHMSSH

Sehari selepas jerayawara ke salah sebuah sekolah di Lumut Daerah Belait, pada keesokan harinya, tim redaksi majalah Mekar bertandang pula ke Sekolah Rendah Haji Mohd. Salleh Sungai Hanching pada hari Khamis 26 April 2012. kehadiran tim redaksi di sambut meriah oleh guru-guru dan pelajar dari Tahun 4 hingga Tahun 6.salah satu tujuan jerayawara ini adalah untuk mendekatkan majalah Mekar kepada warga sekolah berkenaan. Di samping itu, jualan buku juga diadakan yang dikendalikan oleh Unit Pemasaran, Dewan bahasa dan Pustaka Negara Brunei Darussalam.

Rabu, 25 April 2012

SAMBUTAN YANG MENGGALAKKAN

Tim redaksi Bahagian Majalah Mekar kali ini mengadakan jerayawara Majalah Mekar di sekolah Rendah Sungai Tali Lumut pada hari Rabu 25 April 2012 bertempat di Dewan Serbaguna sekolah berkenaan. Kali ini ia melibatkan murid-murid dari Tahun 4 hingga Tahun 6. Para murid memberikan sambutan yang luar biasa dan ternyata kehadiran tim redaksi disambut meriah bukan sahaja oleh murid-murid malah daripada guru-guru di sana.