Sabtu, 28 April 2012
KUNJUNGAN KE SR AMAR PAHLAWAN BRUNEI IIA
Jerayawara tim redaksi majalah Mekar diteruskan lagi pada hari Sabtu 28 April 2012. Kali ini bertandang pula ke Sekolah Rendah Amar Pahlawan Brunei II A. Sekolah ini merupakan destinasi ke 4. Kunjungan tim redaksi ke sekolah ini disambut meriah oleh guru dan pelajar di sana. Guru-guru memberikan kerjasama yang jitu untuk menjayakan jerayawara ini dan murid-murid pula aktif serta antusias menjawab soalan serta mengikuti aktiviti yang diadakan oleh pihak tim redaksi. Sambutan yang positif ini menunjukkan bahawa majalah Mekar adalah sebuah majalah kegemaran kanak-kanak dari dahulu sehingga sekarang.
Khamis, 26 April 2012
BERTANDANG KE SRHMSSH
Sehari selepas jerayawara ke salah sebuah sekolah di Lumut Daerah Belait, pada keesokan harinya, tim redaksi majalah Mekar bertandang pula ke Sekolah Rendah Haji Mohd. Salleh Sungai Hanching pada hari Khamis 26 April 2012. kehadiran tim redaksi di sambut meriah oleh guru-guru dan pelajar dari Tahun 4 hingga Tahun 6.salah satu tujuan jerayawara ini adalah untuk mendekatkan majalah Mekar kepada warga sekolah berkenaan. Di samping itu, jualan buku juga diadakan yang dikendalikan oleh Unit Pemasaran, Dewan bahasa dan Pustaka Negara Brunei Darussalam.
Rabu, 25 April 2012
SAMBUTAN YANG MENGGALAKKAN
Tim redaksi Bahagian Majalah Mekar kali ini mengadakan jerayawara Majalah Mekar di sekolah Rendah Sungai Tali Lumut pada hari Rabu 25 April 2012 bertempat di Dewan Serbaguna sekolah berkenaan. Kali ini ia melibatkan murid-murid dari Tahun 4 hingga Tahun 6. Para murid memberikan sambutan yang luar biasa dan ternyata kehadiran tim redaksi disambut meriah bukan sahaja oleh murid-murid malah daripada guru-guru di sana.
Sabtu, 21 April 2012
JERAYAWARA DI SR LAMUNIN
Bahagian Perancangan Majalah dan Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka Negara Brunei Darussalam telah mengadakan jerayawara bagi murid-murid sekolah Rendah Lamunin Tutong 1 pada 21 April 2012, hari Sabtu. Melalui jerayawara ini, murid-murid di sekolah berkenaan didedahkan dengan majalah Mekar, sebuah majalah untuk kanak-kanak terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Selain itu, jerayawara ini memberikan peluang kepada murid-murid sekolah untuk menyumbangkan bahan penulisan mereka untuk dimuatkan ke dalam majalah Mekar. Lebih 100 orang murid dari Pra hingga tahun 6 menyertai jerayawara ini dan mengikuti aktiviti yang telah diatur antaranya melukis dan menghasilkan penulisan kreatif seperti puisi.
Jumaat, 20 April 2012
Satu Harapan
Pergi mencari sesuatu kemestian yang terpendam
Meronta dengan kedamaian yang harmoni
Manifestari ketenangan sanubari
Keluhuran budi pekerti
Nilai sejati kehidupan pencinta
Beriringan bersama warga marhean
Titisan peluh petani
Kesejukan warga korporat
Gelak tawa kelas atas
Pilunya yang susah
Perlu ada imbangannya
Hasrat dan harapan yang satu
erat dalam genggaman yang satu
satu harapan, satu impian.
AZ
260312
Jumaat 20 April 2012 am 1645
Meronta dengan kedamaian yang harmoni
Manifestari ketenangan sanubari
Keluhuran budi pekerti
Nilai sejati kehidupan pencinta
Beriringan bersama warga marhean
Titisan peluh petani
Kesejukan warga korporat
Gelak tawa kelas atas
Pilunya yang susah
Perlu ada imbangannya
Hasrat dan harapan yang satu
erat dalam genggaman yang satu
satu harapan, satu impian.
AZ
260312
Jumaat 20 April 2012 am 1645
Langgan:
Catatan (Atom)