Disaat yang perih dan penat ini, seorang lelaki tua sedang bercerita kepada beberapa orang kanak-kanak seperumuran 8 ke 9 tahun. Ketika itu hujan baru sahaja reda setelah sekian lama bumi ini dan tanah ini gersang dari titisan air hujan dari langit. Sejak sekian lama hujan tidak turun. Tanah pula semakin merah, pokok dan tumbuh-tumbuhan pula bertukar warna. Semuanya gersang. Semuanya ketandusan. Tapi hal ini tidak menjadi hal bagi seorang lelaki tua yang berumur lebih 70 tahun ini. Hidupnya yang melukut di tepi gantang ini sudah menjadi asam garam dalam hidupnya. Lelaki tua yang bertopi haji dan hanya berkain sarung ini ditingglkan hidup bersendirian di rumah usang di Kampong Pinggiran tanpa diperduli oleh sesiapa pun. Lebih 50 tahun dia mendiami kampung tersebut dan rumah itu. Sepenuh masanya hanya digunakan untuk berbakti kepada tanah, bermunajat kepada tuhan yang maha esa. Jika hanya bergantung rezeki datang sendiri, itu belum memadai bagi dirinya. Hasil tambahan perlu dicarinya sendiri dengan bercucuk tanam dibelakang rumahnya. Sesekali tidaklah dia perlu membeli sayur di kedai Teo Seng di kampung itu.
Nah, berbalik semula kepada cerita tentang Pak Haji yang memakai topi haji dan hanya bersarung ini, setiap kali pada waktu petang, kanak-kanak yang baru pulang selepas bersekolah agama dalam lingkungan 5 orang ramainya singgah ke rumah Pak Haji ini tadi untuk melawatnya kemudian baharulah mereka pulang. Mereka itu terdiri daripada Amin, Adi, Sudin, Fadhli dan Mirul. Mereka datang ke rumah Pak Haji ini bukanlah atas pelawaan Pak Haji sebenarnya. Atas kerelaan kanak-kanak itu sendiri. Mereka kasihan melihat kehidupan Pak Haji yang ibarat sebatang tunggul hanyut disungai. Kadang-kadang hanyut dibawa arus, kadang-kadang tersadai di tebing, kadang-kadang menyangkut, kadang-kadang menjadi caci maki pemandu bot, malah juga ada yang memutik tunggul ini apabila ia tersadai dan kering ditebing lalu dibakar. Sekumpulan pelajar darjah 3 sekolah agama ini merupakan kanak-kanak yang pintar dan cerdik. Kecil-kecil lagi sudah pandai menghormati orang tua dan berbuat bakti. Setiap petang itulah juga mereka mendengar cerita pahit manis Pak Haji. Pak Haji suka mengongsikan ceritanya kepada kanak-kanak ini. Baginya dia ingin berkongsi pengalaman hidupnya dengan kanak-kanak yang masih lagi setahun jagung ini. Mereka ini memerlukan pengetahuan dalam hidup. Agar nanti hidup mereka terjamin dan tidak hanyut dalam buaian tekonologi yang kini kian rakus mengugat warga dunia terutamanya di bahagian timur ini.
Petang Khamis itu, kebetulan Pak Haji tidak turun mengusahakan kebunnya, hanya bersantai di rumahnya yang hanya berkipaskan buaian angin dan berlindungkan pokok dari sinaran cahaya matahari. Hampir setiap hari Pak Haji pada waktu pagi hingga petang dia akan turun ke kebunnya di belakang rumah untuk meninjau hasil tanamannya. Tambahan pula waktu itu hujan baru reda. Kemudian datanglah 5 kanak-kanak bertandang ke rumahnya itu. Dengan baju yang sedikit basah akibat terkena hujan, mereka nampaknya masih rasa selesa dengan keadaan demikan. Lantas Pak Haji menyuruh mereka duduk dibawah pondok kebun bersebelahan rumahnya. Dengan hati yang terbuka dan senang hati Pak Haji menghidangkan kanak-kanak ini dengan hidangan yang ala kadar sahaja. Hanya roti crakers empat segi dan air teh. Memang setiap kali kanak-kanak ini bedudun di rumahnya, dia akan menghidangkan hidangan begini. Baginya hidangan ini adalah hidangan yang kurang dan tidak berstandard. Tapi bagi kanak-kanak yang bedudun, inilah hidangan yang mereka suka dan impikan berbanding dengan hidangan makanan dan minuman ala barat yang tidak menyihatkan. Pertama kali mereka datang ke sana akibat bermain hingga lewat petang berkeja-kejaran sehinggalah mereka menemukan rumah Pak Haji. Dari sanalah mereka mula tertarik dengan sifat kerendahan dan keikhlasan Pak Haji walaupun kehidupannya yang boleh dikatakan daif.
Pada petang yang hening itu dalam keadaan yang lembap kerana hujan, berceritalah Pak Haji ini di depan kanak-kanak berlima itu. Banyak sudah cerita yang disampaikan oleh Pak Haji kepada kanak-kanak belima itu. Pada petang itu Pak Haji bercerita tentang perangai anak masa sekarang yang boleh dikatakan sangat membimbangkan dan perlukan cara yang serius untuk menanganinya. Hal yang pertama dikatakan oleh Pak Haji tersebut adalah tentang perlakuan apabila berhadapan dengan orang tua atau indung. Kebanyakkan remaja pada masa kini pandai berpura-pura- di rumah bukan main alim, pendiam, merati di tagur, inda mantingal. Tapi bila sudah keluar dari kawasan rumah, semua perkara sopan dan kebaikan entah ke mana hilangmya, entah ke mana hanyutnya. Saat menyebut entah ke mana hilangnya dan ke mana hanyutnya itu nada suara Pak Haji mengeras memberikan penekanan. Sambungnya lagi apabila keluar sahaja dari kereta apabila dihantar oleh indung, bukan main, indung disalam. Bukan mencium tangan indung, malah hanya menyentuhkan tangan indung di dahi sahaja. Bukan main bersalam, tapi sudah masuk ke sekolah, seolah-olah tidak di ajar di rumah. Biadab dengan guru, tidak mendengar nasihat guru, melawan, inda tantu ulah, macam kukang. Kanak-kanak berlima itu hanya tunduk mendengar kata-kata Pak Haji tadi. Mungkin mereka terasa apa yang dikatakan oleh Pak Haji itu. Sudah guru memarahi, disalahkan guru. Guru ganas, guru pemanas, guru kurang ajar dan tidak pandai mengajar. Padahal pengajaran hormat- menghormati itu sudah ditanam di bermula dari rumah dan bukannya di ajar oleh guru. Di sekolah bukannya semuanya hendak di ajar. Di sekolah guru hanya menambahkan ilmu pengetahuan pelajar. Bukannya pelajar datang ke sekolah terdiri daripada pelajar yang tidak pandai langsung. Tambahan Pak Haji. Dalam maksudnya kata-kata Pak Haji yang disampaikan kepada kanak-kanak berlima itu. Entah faham atau tidak. Namun setiap kata-kata yang diungkapkan oleh Pak Haji itu menusuk jauh ke dalam sanubari mereka. Ini bukannya kali pertama mereka bertandang ke pondok Pak Haji. Mereka menanggap Pak Haji ini macam nenek mereka sendiri. Malah mungkin lebih dari itu. Mungkin juga sebagai seorang guru secara tidak langsungnya.
“Pak cik tak ada keluarga kah? Saya lihat dari dahulu hidup pak cik keseorangan sahaja, seolah-olah pak cik tidak ada keluarga.” Tanya Amin.
Rakan-rakan Amin tersentak dengan pertanyaan yang diajukan oleh Amin. Selama mereka berkunjung bedudun di rumah Pak Haji ini, belum pula pernah mereka bertanya apa-apa tentang keluarga Pak cik ini. di sebalik sentakan dengan pertanyaan Amin itu, rakan-rakan yang lain terhenti dari menikmati roti berjenama Crakers hidangan Pak Cik tua itu.
“Pak cik memang ada keluaga. Sama seperti manusia yang lain. Pak cik mempunyai seorang anak, Pak cik memiliki seorang isteri, menantu dan Pak cik juga memiliki saudara-mara sama seperti yang anak-anak Pak cik, emm, maksud Pak cik kamu-kamu inilah.”
“Di manakah mereka sekarang Pak Cik? Mengapa Pak cik membiarkan kehidupan Pak Cik sendirian seperti sekarang?” Tanya Sudin.
“Panjang ceritanya anak-anak, semuanya ini bermula ketika Pak cik membesarkan anak Pak cik yang tunggal itu. Dahulu Pak cik ini hanya seorang pekerja buruh kasar di sebuah syarikat tempatan. Gajiya tidaklah berapa menguntungkan sangat.” Jawab Pak cik Tua dengan nada yang sayu.
“Minta maaf Pak cik, saya tak sengaja bertanya soalan sebegini kepada Pak cik.” Jawab Sudin.
“Tidak mengapa nak, dalam usia begini Pak cik tak mahu kamu memikirkan dan mendengar kisah pahit kehidupan Pak cik ini. tapi, Pak Cik ingin memberikan peringatan kepada kamu semua, untuk bekalan masa depan kehidupan kamu nanti.”
Belum habis roti crakers di tangan Fadhli, dia terus bertanya “Tapi kami ini masih lagi budak-budak, perjalanan kami masih lagi panjang Pak cik.”
Pak cik tua itu menjawab dengan wajah yang senyum. Mungkin dia gembira dengan kenyataan Fadhli.
“Oleh kerana itulah Pak cik ingin memberikan sedikit nasihat kepada kamu, agar kamu sentiasa ingat pesan Pak cik ini hingga kamu dewasa nanti.”
“Apa pesan Pak cik?”Tanya Sudin.
Dalam perbualan mereka yang rancak macam sesi temuduga itu, banyak jugalah yang disampaikan oleh Pak Haji kepada budak-budak berlima itu. Tidak lain dan tidak bukan menyentuh tentang akhlak peribadi, budaya budi bahasa dan bersopan santun, rajin beribadat dalam agama dan bermacam-macam lagi. Ada pula satu perkara yang disampaikan oleh Pak Haji kepada mereka tentang perkahwinan. Usia mereka yang begitu muda ini, mungkin sahaja mereka belum mengetahui tentang perkahwinan. Mungkin Pak Haji ini memberikan peringatan kepada budak-budak berlima itu agar jangan tersalah pilih mencari pasangan hidup. Tambahan pula perempuan sekarang ini bermacam-macam ragam. Takut nanti macam peristiwa yang terjadi dalam hidup Pak Haji. Anaknya yang sulung bernama Afendi. Kasihan Pak Haji apabila Afendi itu asyik akur dibawah telunjuk jari isterinya. Hinggakan dia sanggup membiarkan ayahnya berjalan kaki pulang kerana isterinya tidak mahu menumpangkan ayahnya pulang ke rumah. Di saat itulah terjadi peristiwa buruk mereka anak beranak. Ketika itu Pak Haji menelefon anaknya, meminta tolong untuk membawanya ke hospital kerana dia menghidapi sesak nafas. Kebetulan menantunya ketika itu ada bersama Afendi. Meeka ingin cepat sampai tiba di hospital memandangkan keradaan ayahnya tenat, Affendi memandu dengan laju. Dalam perjalanan mereka menuju ke hospital. Tiba-tiba kereta anaknya itu hilang kawalan kemudian melanggar sebuah pokok tebing jalan. Kebetulan jalan raya keitka itu licin selepas hujan. Akhirnya, mereka semua telah kembali kerahmatullah akibat kecerderaan teruk di bahagian kepala. Inilah kesudahan hidup Pak Haji. Pemergiannya yang tiba-tiba itu sedikit sebanyak memberikan kesan sayu penduduk kampung terhadap Pak Haji. Mungkin disebabkan oleh ketabahan Pak Haji dan kerajinan dalam hidupnya disamping tabah dan cekal menjalani pelbagai cabaran dan dugaan. Harapan yang diinginkan dengan kejayaan Afendi akhirnya tidak kesampaian. Niat hati nak peluk gunung, sudah terpeluk biawak celaka.
Pak Haji Juga berulang kali berpesan kepada anak-anak berlima itu, yang juga dianggapnya sebagai cucunya sendiri, wlaupun dia sendiri belum mempunyai cucu, sering kali mengingatkan tentang rasa hormat-menghormati apatah lagi kepada orang tua. Baginya segala usaha telah diperah untuk menbesarkan anak bukannya mudah tidak seperti membesarkan anak kucing. Inilah yang dilakukannya semasa membesarkan anak sulungnya iaitu Afendi. Kejayaannya mendapat kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pentadbiran Awam telah menempatkan Afendi menjawat jawatan penting dalam sektor kerajaan. Memang Afendi berpuas hati dengan kejayaan yang dirangkulnya. Tapi tidak bagi Pak Haji selagi dia belum mencurahkan rasa baktinyanya kepada Pak Haji sendiri dan kepada masyarakatnya. Manakan tidak, dalam sebulan hanya beberapa kali sahaja dia menjenguk ayahnya. Dapat dihitung menggunakan jari. Apabila ditanya, dia sibuk. Hingga pada satu masa dia datang menjenguk ayahnya dan membawa calon isterinya. Pak Haji kesal dengan Afendi kerana memilih Hayati sebagai isterinya. Seorang anak orang berada. Hormat pun tidak dia akan Pak Haji walaupun Pak Haji adalah mertuanya sendiri. Mungkin disebabkan keadaan maujud Pak Haji dan kesengsaraan hidupnya membuatkan menantunya hilang hormat kepada Pak Haji. Relalah Pak Haji hidup keseorangan di kampung. Hendak marah kepada Afendi pun tidak guna. Ombak membanting diri. Kehilangan isterinya 5 tahun yang lalu, membuatkan dirinya tidak mahu kehilangan Afendi. Isterinya meninggal kerana sakit, itupun ketika Afendi belajar diluar negara dengan biasiswa kerajaan. Tidak hairanlah mengapa Pakk Haji menekankan sangat-sangat pentingnya menghormati dan membalas jasa orang tua itu. Segala-galanya bermula ketika kanak-kanak itu masih kecil lagi. Masih tunas. Inilah yang dikatakan tunas bangsa. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Bila sudah dewasa baru hendak diajar itu ini, semuanya tidak betul. Kanak-kanak sekarang pintar. Sepatah orang tua bercakap, berjela-jela mereka jawab. Sehinggakan orang tua pun langu hendak menasihati mereka.
“Kamu ini Pak cik anggap dah macam cucu Pak cik sendiri, sebab itu Pak cik sentiasa menasihati kamu. Tambahan pula Pak cik ni tak ada cucu. Memang ditakdirkan tak ada cucu. Pak cik harap kamu tak jemu mendengar nasihat Pak Cik.” Kata-kata yang selalu dilafazkan oleh Pak Haji apabila anak-kanak berlima itu bertandang ke rumahnya. Atas rasa hormat dan kasihan budak berlima inilah menguatkan hati mereka untuk menolong Pak Haji semampu mereka dan mereka menganggap Pak Haji sebagai nenek mereka sendiri.
“Assalamualaikum Pak cik.”
Ucapan salam tidak dijawab oleh sesiapa pun. Budak berlima tu merasa hairan melihat rumah yang mereka kunjungi kelmarin itu kelihatannya sepi dan usang.
“Kelmarin tidak begini.” Kata Mirul.
“Ke mana perginya Pak cik ni?” Tanya Adi kepada rakan-rakannya.
“Entahnya Adi, mungkin dia pergi ke pekan?”balas salah seorang dari mereka.
“Sejak bila pula dia pergi ke pekan, basikal pun tak ada?” kata Fadhli.
“Kita pulang sajalah. Esok lagi kita ke mari.” Amin mengajak kawan-kawannya pulang.
Budak berlima itu merasa hairan kerana Pak Haji tidak ada di rumah ketika mereka berkunjung ke rumahnya. Apa yang mengejutkan mereka, keadaan rumahnya tidak seperti mereka berkunjung pada hari sebelumnya.
Keadaan ini memaksa Amin bertanya kepada ayahnya. Ayahnya mengatakan Pak Haji yang anaknya sebutkan itu sudah lama meninggal. Dalam 8 tahun yang lalu kerana kemalangan jalan raya. Tambah ayahnya orang kampung memanggilnya sebagai Pak Tua. Memang namanya kebilangan di kampung itu kerana kehidupannya yang bergelombang dengan dugaan. Sekalu warga kampung mereka ridak putus-putus memberikan pertolongan dan sumbangan berbentuk tenaga. Sebelum Pak Tua meninggal, penduduk kampung berhajat untuk membaik pulih rumah Pak Tua. Namun, manusia hanya merancang dan Allah yang menentukan. Impian mereka untuk menolong Pak Tua tidak kesampaian di atas pemergiannya.
Amin tidak berkata apa-apa. Segala peristiwa yang dialaminya dan rakan-rakannya dipendamkan sahaja. Dia hanya mendengar cerita ayahnya dengan keadaan yang kaku. Dia tidak mempercayai kata-kata ayahnya. Dia berjumpa dengan Pak Haji yang dikatakan Pak Tua oleh warga kampung kelmarin. Apakah ini mimpi atau pengalaman yang menakutkan baginya atau sebagai peringatan, malah rakan-rakannya juga apabila dia menceritakannya kelak.
Sabtu 120211 Jam 2100